Canteen Day by HADRAH 2023 / Suria Sulaiman, Zarifah Mohd Zain and Norliana Hashim

Sulaiman, Suria and Mohd Zain, Zarifah and Hashim, Norliana (2023) Canteen Day by HADRAH 2023 / Suria Sulaiman, Zarifah Mohd Zain and Norliana Hashim. Bulletin. Faculty of Hotel & Tourism Management, UiTM Pulau Pinang.

Abstract

“Berkongsi Rezeki Tanda Kesyukuran” Program HADRAH merupakan program khidmat masyarakat tahunan anjuran Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) UiTM Cawangan Pulau Pinang. Seperti maksud HADRAH - Hadiah Ramadhan dan tagline ‘Untukmu KeranaNya’, program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi nikmat dan rezeki bersama masyarakat setempat agar mereka boleh merasai nikmat kemuliaan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Untuk kali kedua, pihak FPHP berkolaborasi bersama MASMED UiTMCPP melalui program Canteen Day by HADRAH 2023 bagi tujuan pengumpulan dana, serta memeriahkan aktiviti keusahawanan oleh mahasiswa FPHP. Program ini dijalankan selama empat hari iaitu pada 21 – 22 Mac 2023 dan 30 – 31 Mac 2023, bermula dari jam 11 pagi hingga 3 petang bertempat di bangunan K Shoppe UiTM Cawangan Pulau Pinang. Seperti tahun sebelumnya, program ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada warga UiTMCPP memandangkan ia menyediakan variasi juadah kepada pelanggan dengan konsep membeli sambil beramal. Secara tidak langsung, program ini bukan sahaja mampu melatih sifat keusahawanan dalam diri warga FPHP, malah melatih mereka untuk membudayakan amalan sedekah dan berkhidmat kepada masyarakat setempat. Para mahasiswa juga dapat mengasah bakat dalam bidang keusahawanan di mana mereka dapat mempelajari strategi pemasaran dan komunikasi dua hala bersama pelanggan. Seratus peratus hasil jualan sepanjang empat hari berjumlah RM3820.00 disumbangkan kepada Tabung HADRAH 6.0 dan seterusnya disalurkan kepada pengurusan Masjid Seberang Jaya.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sulaiman, Suria
UNSPECIFIED
Mohd Zain, Zarifah
UNSPECIFIED
Hashim, Norliana
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Ariffin, Hashim Fadzil
UNSPECIFIED
Chief Editor
Mohd Akhir, Irina
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Hotel and Tourism Management
Journal or Publication Title: Hot & Tour Newsletter
ISSN: 2231-7422
Keywords: Hot & Tour Newsletter, Faculty of Hotel & Tourism Management, UiTM Pulau Pinang
Date: November 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87904
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 87904.pdf] Text
87904.pdf

Download (26MB)

ID Number

87904

Indexing

Statistic

Statistic details