Abstract
Dalam dunia dimana minuman telah melangkaui fungsi asasnya menjadi satu bentuk seni dan menguasai kraf mixologi, membancuh dan memahami nuansa perisa menjadi sesuatu yang amat penting di dalam industri makanan dan minuman. Bagi tenaga pengajar yang diamanahkan untuk melatih dan memberi inspirasi kepada para pelajar yang bakal menjadi penggiat di dalam industri, Kursus Upskilling Beverage Service ini amat penting sebagai satu penerokaan seni dan sains yang melibatkan pembuatan minuman yang sempurna. Kursus ini telah diadakan pada 6 – 8 September 2023 di The Blanket Hotel Seberang Jaya, Pulau Pinang yang disertai oleh 26 orang tenaga pengajar Kolej Vokasional di dalam bidang Kulinari. Seramai 3 orang pensyarah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah dilantik sebagai fasilitator untuk program ini iaitu Encik Azlan Salim, Encik Joesri Mohamad Saber dan Encik Khairil Anuar Bahari untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman di dalam penyediaan dan perkhidmatan minuman. Program ini juga turut menampilkan penceramah jemputan iaitu Encik Ahmad Ariffin atau lebih dikenali sebagai ‘Mamu Ariffin’ yang merupakan seorang pakar minuman professional.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Saber, Joesri UNSPECIFIED Salim, Azlan UNSPECIFIED Bahari, Khairil Anuar UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Ariffin, Hashim Fadzil UNSPECIFIED Chief Editor Mohd Akhir, Irina UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Hotel and Tourism Management |
Journal or Publication Title: | Hot & Tour Newsletter |
ISSN: | 2231-7422 |
Keywords: | Hot & Tour Newsletter, Faculty of Hotel & Tourism Management, UiTM Pulau Pinang |
Date: | November 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87858 |