Projek tempat perlindungan kucing jalanan UiTM Cawangan P. Pinang / Hasniza Abdullah and Aida Khalida Mohamed Idris

Abdullah, Hasniza and Mohamed Idris, Aida Khalida (2023) Projek tempat perlindungan kucing jalanan UiTM Cawangan P. Pinang / Hasniza Abdullah and Aida Khalida Mohamed Idris. Bulletin. Faculty of Hotel & Tourism Management, UiTM Pulau Pinang.

Abstract

Ke mana hilangnya sifat belas kasihan dan kasih-sayang manusia terhadap makhluk bernyawa yang lain? Di sebalik penguatkuasaan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang mengenakan hukuman keras termasuk penjara kepada mereka yang didapati bersalah menzalimi haiwan, perbuatan itu dilihat masih berleluasa dengan sebahagiannya dilakukan secara terbuka. Menyedari kebajikan haiwan jalanan di sekitar kampus yang perlu diberi perhatian bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku; saya dan beberapa rakan pencinta haiwan yang lain telah terpanggil untuk mengusahakan suatu projek yang dinamakan Projek Tempat Perlindungan dan Rawatan Kucing Jalanan UiTMCPP. Satu kertas kerja telah disiapkan pada awal Mac yang lepas dan dihantar kepada pihak Rektor untuk mendapatkan kelulusan dan pengesahan projek. Projek ini turut melibatkan sukarelawan dari kalangan pensyarah, staf pentadbiran dan pelajar universiti ini sendiri. Antara objektif projek adalah untuk membentuk masyarakat penyayang yang mempunyai rasa empati terhadap makhluk lain selain manusia, melahirkan para graduan UiTM yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi, sifat moral dan akhlak yang baik dan berbudi pekerti seiring dengan prinsip nilai UiTM ESI-iDART, membantu dalam pengawalan penyakit yang merebak melalui kucing liar yang dibuang di dalam kampus, dan memberi pendedahan juga pendidikan berkenaan dengan penjagaan haiwan belaan kepada orang ramai, staf, pekerja sementara, dan pelajar. Projek ini melibatkan penempatan sementara kucing-kucing sekitar kampus yang telah kami kenal pasti, iaitu di sebuah bangunan yang tidak digunakan bertempat tidak jauh dari kolej kediaman Kristal A.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdullah, Hasniza
UNSPECIFIED
Mohamed Idris, Aida Khalida
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Ariffin, Hashim Fadzil
UNSPECIFIED
Chief Editor
Mohd Akhir, Irina
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Hotel and Tourism Management
Journal or Publication Title: Hot & Tour Newsletter
ISSN: 2231-7422
Keywords: Hot & Tour Newsletter, Faculty of Hotel & Tourism Management, UiTM Pulau Pinang
Date: November 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87815
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 87815.pdf] Text
87815.pdf

Download (31MB)

ID Number

87815

Indexing

Statistic

Statistic details