Abstract
Ke mana hilangnya sifat belas kasihan dan kasih-sayang manusia terhadap makhluk bernyawa yang lain? Di sebalik penguatkuasaan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang mengenakan hukuman keras termasuk penjara kepada mereka yang didapati bersalah menzalimi haiwan, perbuatan itu dilihat masih berleluasa dengan sebahagiannya dilakukan secara terbuka. Menyedari kebajikan haiwan jalanan di sekitar kampus yang perlu diberi perhatian bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku; saya dan beberapa rakan pencinta haiwan yang lain telah terpanggil untuk mengusahakan suatu projek yang dinamakan Projek Tempat Perlindungan dan Rawatan Kucing Jalanan UiTMCPP. Satu kertas kerja telah disiapkan pada awal Mac yang lepas dan dihantar kepada pihak Rektor untuk mendapatkan kelulusan dan pengesahan projek. Projek ini turut melibatkan sukarelawan dari kalangan pensyarah, staf pentadbiran dan pelajar universiti ini sendiri. Antara objektif projek adalah untuk membentuk masyarakat penyayang yang mempunyai rasa empati terhadap makhluk lain selain manusia, melahirkan para graduan UiTM yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi, sifat moral dan akhlak yang baik dan berbudi pekerti seiring dengan prinsip nilai UiTM ESI-iDART, membantu dalam pengawalan penyakit yang merebak melalui kucing liar yang dibuang di dalam kampus, dan memberi pendedahan juga pendidikan berkenaan dengan penjagaan haiwan belaan kepada orang ramai, staf, pekerja sementara, dan pelajar. Projek ini melibatkan penempatan sementara kucing-kucing sekitar kampus yang telah kami kenal pasti, iaitu di sebuah bangunan yang tidak digunakan bertempat tidak jauh dari kolej kediaman Kristal A.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Hasniza UNSPECIFIED Mohamed Idris, Aida Khalida UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Ariffin, Hashim Fadzil UNSPECIFIED Chief Editor Mohd Akhir, Irina UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Hotel and Tourism Management |
Journal or Publication Title: | Hot & Tour Newsletter |
ISSN: | 2231-7422 |
Keywords: | Hot & Tour Newsletter, Faculty of Hotel & Tourism Management, UiTM Pulau Pinang |
Date: | November 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87815 |