Abstract
Penerbitan merupakan antara kriteria yang perlu dipenuhi setiap tahun di dalam penetapan sasaran kerja tahunan (SKT) bagi seorang ahli akademik atau pensyarah di semua universiti awam dan swasta. Bagi pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM), untuk mencapai markah laporan penilaian tahunan yang maksimum, sebanyak tiga penerbitan perlu dihasilkan. Hal ini merujuk kepada Pekeliling Akademik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Bil. 03 Tahun 2022 yang mewajibkan setiap pensyarah UiTM untuk mencapai jumlah penerbitan yang telah ditetapkan mengikut trek masing-masing iaitu trek pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, pengamal industri dan kepimpinan institusi. Setiap trek ini mempunyai bilangan penerbitan yang perlu dicapai bagi setiap tahun. Namun, kriteria ini agak sukar untuk dicapai bagi pensyarah yang tidak mempunyai dana penyelidikan atau pelajar bagi menjalankan aktiviti penyelidikan secara berterusan. Oleh itu, Pusat Pengajian Kimia dan Alam Sekitar (PPKAS), UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS), Kampus Kuala Pilah telah mengambil inisiatif dengan mengadakan bengkel penulisan lain-lain penerbitan bagi membantu rakan-rakan pensyarah untuk menghasilkan lain-lain penerbitan yang turut dinilai bagi pencapaian SKT tahunan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abu Kassim, Nur Sofiah UNSPECIFIED Sambasevam, Kavirajaa Pandian UNSPECIFIED Jani, Nor Akmalazura UNSPECIFIED Mohd Nor, Nurazira UNSPECIFIED Jamion, Nurul’ Ain UNSPECIFIED Wan Khalid, Wan Elina Faradilla UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin APB Edisi 11 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | Bengkel, penulisan, penerbitan, Universiti Teknologi MARA |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87764 |