AI bantu mudah kerja dan belajar? / Saidatul Akma Hamik

Hamik, Saidatul Akma (2023) AI bantu mudah kerja dan belajar? / Saidatul Akma Hamik. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Pada zaman yang canggih dan moden ini, penggunaan teknologi amat penting untuk tugasan harian, tidak kira di pejabat atau di dalam kelas. Teknologi kecerdasan (AI) banyak mengubah cara hidup manusia. Revolusi Industri Keempat (4.0) yang menggunakan teknologi pintar dan moden menggunakan AI yang banyak berkait dengan internet kebendaan (IoT), robotic, pengkomputeran kuantum, blockchain, dan data raya (Azlan, Berita Harian Online, Feb, 2023). Teknologi ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan dan memendekkan masa kerja seharian manusia. Penggunaan AI yang diperkenalkan dalam kehidupan seharian memberi perubahan yang lebih drastik melalui pembangunan teknologi yang pesat. Sedar atau tidak, kehidupan harian kita bergantung dan semakin tenggelam dengan penggunaan teknologi AI. Kita mengguna pakai carian enjin seperti Google dan Siri, perniagaan dalam talian (Shopee, Tiktok Shop, Lazada, dsb), mencari lokasi dan peta (Google Maps, Waze), mencari hiburan (Spotify), dan lain-lain aplikasi digital.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 87760.pdf]
Text
87760.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics