Media baharu dalam pendidikan / Siti Nasarah Ismail and Dzaa Imma Abdul Latiff

Ismail, Siti Nasarah and Abdul Latiff, Dzaa Imma (2019) Media baharu dalam pendidikan / Siti Nasarah Ismail and Dzaa Imma Abdul Latiff. UiTM Press, Universiti Teknologi MARA (UiTM). ISBN 978-967-363-596-2
Abstract

Media Baharu dalam Pendidikan menghimpunkan 12 tajuk utama hasil tulisan dan sumbangan ahli-ahli akademik daripada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA yang membincangkan isu-isu pengajaran dan pembelajaran menggunakan medium baharu sebagai pelengkap kepada cara konvensional. Tulisan ini dihasilkan dan diolah melalui kajian-kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu. Kupasan dalam buku ini menjurus kepada bagaimana media baharu memainkan peranan dalam membantu sistem pembelajaran dan pengajaran. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan dalam usaha memperkenalkan penggunaan media baharu dan teknologi untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Merujuk kepada definisi media baharu itu sendiri, institusi institusi pendidikan kini semakin terbuka menggunakan media baharu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran mereka. Namun begitu, terdapat juga beberapa isu dan cabaran dalam meneruskan usaha ini, sama ada dalam kalangan tenaga pengajar mahupun pelajar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 87697.pdf]
Text
87697.pdf
Download (131kB)
Indexing & Metrics