Abstract
Buku 40 Kemahiran Asas Penyelidikan Sarjana dan PhD adalah buku yang wajar dimiliki oleh pelajar atau calon pelajar yang bakal melanjutkan pengajian penyelidikan sarjana mahupun PhD. Buku ini memberi pendedahan awal kepada calon pelajar untuk bersedia dari segi kemahiran asas yang diperlukan dalam penyelidikan sarjana dan PhD, serta mampu memberikan alternatif dan panduan umum. Turut sesuai digunakan oleh pelajar yang tiada pengalaman dalam penyelidikan untuk mendapatkan pendedahan yang baik tentang perkara asas dalam penyelidikan. Secara umumnya, buku ini ditulis mengikut fasa yang berbeza iaitu: fasa sebelum pengajian, fasa semasa pengajian, dan (iii) fasa selepas peperiksaan lisan (viva). Buku ini juga penting dalam membantu pelajar terutama dalam penyediaan kertas cadangan penyelidikan, penulisan tesis, pembentangan pelajar dan sebagainya. Sebanyak 40 kemahiran asas dalam penyelidikan sarjana dan PhD boleh diadaptasi atau disesuaikan oleh pelajar dalam bidang pengkhususan mengikut keperluan semasa pihak universiti.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Mohd Isa, Wan Abdul Rahim UNSPECIFIED |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press) |
Keywords: | 40 kemahiran, phd, sarjana |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87660 |