Tugas kita adalah untuk mencuba / Syazuani Mohd Shariff

Mohd Shariff, Syazuani (2023) Tugas kita adalah untuk mencuba / Syazuani Mohd Shariff. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

“Kehidupan masa lalu laksana tenunan yang bersambung menjadi layar untuk memandu ke masa depan.” – Buya Hamka.

2019
Satu garis masa yang memberi tempoh untuk membuat loncatan keluar daripada zon selesa. Ibarat gas lighting, perubahan yang ada pun, sekiranya kita menyesuaikan diri, lama-lama menjadi barah. “Jangan takut jatuh, kerana orang yang tidak pernah memanjat tidak pernah jatuh.” - Buya Hamka.

2020
“Kalau kerja sekadar kerja, babi di hutan juga kerja, kalau hidup sekadar hidup, kera dihutan juga hidup.” Keluar dari zon selesa… Bergelar calon phD. Walaupun begitu, terlalu banyak sangat dugaan. Adat hidup, kalau putih katanya, putih jua yang diinginkannya. Bertetap lah pada keputusan yang ada. COVID dan PKP. Dugaan datang lagi, tapi, apa yang datang, kita sambut… apa yang halang, kita redah.

2021
Memang menuntut ilmu itu penuh dengan dugaan. Nyatanya, lambungan ombak dimusim tengkujuh itu tinggi dan deras, namun meninggalkan kapal, sama sekali tidak! Segala apa yang telah direncanakan, harus terus berjalan. Biarpun lewat! Kerana hidup ini perjalanan dan bukanlah perlumbaan.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Shariff, Syazuani
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Tugas, kerja, zon selesa, phD
Date: October 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87551
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 87551.pdf] Text
87551.pdf

Download (8MB)

ID Number

87551

Indexing

Statistic

Statistic details