Menjelajahi dunia haiwan: pembelajaran berasaskan pengalaman melalui lawatan zoo / Siti Nur Aishah Mohd Noor and Mohd Khairul Amri Ramly

Mohd Noor, Siti Nur Aishah and Ramly, Mohd Khairul Amri (2023) Menjelajahi dunia haiwan: pembelajaran berasaskan pengalaman melalui lawatan zoo / Siti Nur Aishah Mohd Noor and Mohd Khairul Amri Ramly. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Pembelajaran berasaskan pengalaman merupakan pendekatan yang efektif dalam membantu anak-anak memahami dan mengingati pelajaran dengan lebih baik. Pengalaman nyata membolehkan anak-anak terlibat secara aktif dan mendalam dalam pembelajaran. Salah satu cara untuk memberikan pengalaman berasaskan pembelajaran kepada anak-anak adalah melalui lawatan ke zoo haiwan. Lawatan ke zoo haiwan bukan sahaja memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar tentang kepelbagaian spesis haiwan yang menakjubkan, tetapi juga membawa mereka ke alam semulajadi, memahami kehidupan haiwan dan habitat mereka secara dekat. Di samping itu, pengalaman ini juga membuka pintu kepada pelbagai isu berkaitan pemeliharaan haiwan dan kelestarian alam yang semakin penting dalam dunia yang sedang menghadapi cabaran ekologi yang serius. Artikel ini bertujuan untuk berkongsi tentang manfaat kepentingan pembelajaran berasaskan pengalaman melalui lawatan zoo haiwan yang diperoleh terutamanya untuk anak-anak, serta cara penilaian dan peluang pembelajaran yang unik yang dapat kita ambil dari pengembaraan di dunia haiwan. Pengalaman ini akan membentuk kefahaman dan kepedulian anak-anak kita terhadap alam sekitar yang berkongsi planet dengan kita. Pendekatan ini sejajar dengan inisiatif Matlamat Pembangunan Lestari Keempat (SDG 4) yang memberi penekanan kepada menyediakan kanak-kanak dan golongan muda akses yang berkualiti dan mudah kepada pendidikan serta peluang pembelajaran yang lain. Salah satu sasarannya adalah untuk mencapai literasi dan numerasi sejagat.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Noor, Siti Nur Aishah
UNSPECIFIED
Ramly, Mohd Khairul Amri
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Haiwan, pembelajaran, zoo, habitat
Date: October 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87518
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 87518.pdf] Text
87518.pdf

Download (7MB)

ID Number

87518

Indexing

Statistic

Statistic details