Abstract
Pembelajaran berasaskan pengalaman merupakan pendekatan yang efektif dalam membantu anak-anak memahami dan mengingati pelajaran dengan lebih baik. Pengalaman nyata membolehkan anak-anak terlibat secara aktif dan mendalam dalam pembelajaran. Salah satu cara untuk memberikan pengalaman berasaskan pembelajaran kepada anak-anak adalah melalui lawatan ke zoo haiwan. Lawatan ke zoo haiwan bukan sahaja memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar tentang kepelbagaian spesis haiwan yang menakjubkan, tetapi juga membawa mereka ke alam semulajadi, memahami kehidupan haiwan dan habitat mereka secara dekat. Di samping itu, pengalaman ini juga membuka pintu kepada pelbagai isu berkaitan pemeliharaan haiwan dan kelestarian alam yang semakin penting dalam dunia yang sedang menghadapi cabaran ekologi yang serius. Artikel ini bertujuan untuk berkongsi tentang manfaat kepentingan pembelajaran berasaskan pengalaman melalui lawatan zoo haiwan yang diperoleh terutamanya untuk anak-anak, serta cara penilaian dan peluang pembelajaran yang unik yang dapat kita ambil dari pengembaraan di dunia haiwan. Pengalaman ini akan membentuk kefahaman dan kepedulian anak-anak kita terhadap alam sekitar yang berkongsi planet dengan kita. Pendekatan ini sejajar dengan inisiatif Matlamat Pembangunan Lestari Keempat (SDG 4) yang memberi penekanan kepada menyediakan kanak-kanak dan golongan muda akses yang berkualiti dan mudah kepada pendidikan serta peluang pembelajaran yang lain. Salah satu sasarannya adalah untuk mencapai literasi dan numerasi sejagat.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Noor, Siti Nur Aishah UNSPECIFIED Ramly, Mohd Khairul Amri UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Haiwan, pembelajaran, zoo, habitat |
Date: | October 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87518 |