Menangani tekanan melalui aktiviti perkhemahan / Fauziana Fauzi @ Mat Rawi

Fauzi @ Mat Rawi, Fauziana (2023) Menangani tekanan melalui aktiviti perkhemahan / Fauziana Fauzi @ Mat Rawi. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Masalah kesihatan mental: Sejak kebelakangan ini, masalah kesihatan mental dan penyakit mental semakin bertambah terutamanya selepas pandemik COVID-19. Statistik individu yang mendapatkan sokongan menerusi Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) iaitu inisiatif di bawah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) didapati telah meningkat sebanyak lima kali ganda bagi tahun 2022 berbanding tahun 2020. Masalah kesihatan mental di Malaysia turut dikaitkan dengan tingkah laku bunuh diri (terdapat 1,142 kes telah dilaporkan) pada tahun 2021 dan 631 kes telah dilaporkan pada tahun 2020. Jumlah kes bagi tahun 2021 menunjukkan peningkatan ketara iaitu sebanyak 81 % berbanding tahun 2020. Kajian menunjukkan bahawa pemikiran untuk membunuh diri di kalangan rakyat Malaysia adalah sebanyak 6% dengan kadar tertinggi di kalangan remaja dan pada peringkat awal dewasa yang berumur antara 16-24 tahun iaitu sebanyak 11%. Tingkah laku bunuh diri menunjukkan kadar yang membimbangkan. Didapati, peningkatan yang ketara dalam kadar bunuh diri dan penyakit mental sejak sedekad lalu berpunca daripada tahap kesihatan mental yang lemah.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Fauzi @ Mat Rawi, Fauziana
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Perkhemahan, Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Date: October 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87516
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 87516.pdf] Text
87516.pdf

Download (6MB)

ID Number

87516

Indexing

Statistic

Statistic details