Abstract
“Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah ar-Rum, ayat 41). Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian bio atau mega-diversiti. Biodiversiti adalah satu konsep yang mana organisma hidup berinteraksi yang merangkumi kesemua elemen kehidupan seperti kompleks ekologi, hidupan darat, sistem akuatik, dan juga diversiti antara spesis dan ekosistem. Kepelbagaian tersebut dapat dilihat melalui kekayaan flora dan fauna yang masih wujud di negara kita pada hari ini. Terdapat lebih kurang 12, 500 spesis tumbuh-tumbuhan berbunga dan lebih daripada 1,100 spesis paku pakis yang masih lagi menghiasi hutan di negara kita. Manakala bagi spesis fauna, negara kita mempunyai kira-kira 1,500 haiwan vertebrata dan 150, 000 haiwan invertebrata.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Aziz, Norazlin UNSPECIFIED Ngah, Nor Syamaliah UNSPECIFIED Ayob, Azila UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Kerakusan, manusia, flora, fauna, diversiti |
Date: | October 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87508 |