Keindahan hutan Gunung Yong Belar / Wan Azman Wan Ismail

Wan Ismail, Wan Azman (2023) Keindahan hutan Gunung Yong Belar / Wan Azman Wan Ismail. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Malaysia adalah sebuah negara yang diberkati dengan bentuk muka bumi bergunung-ganang serta hutan hujan khatulistiwa yang memberi banyak peluang kepada penggemar-penggemar aktiviti mendaki gunung dan meneroka keindahan hutan untuk menjalankan aktiviti mereka. Bermula dengan hobi berlari dan mendaki bukit untuk mengekalkan tahap kecergasan diri, kini hampir setiap bulan saya melakukan aktiviti mendaki gunung bersama rakan-rakan. Pada Sabtu bertarikh 22 Julai 2023 yang lalu, kami seramai 25 orang telah berkesempatan mendaki salah sebuah di antara tujuh gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia (lebih dikenali sebagai G7 di kalangan pendaki) yang terletak di sempadan negeri Kelantan dan Perak, iaitu gunung Yong Belar. Ini adalah kali kedua saya mendaki gunung ini selepas kali pertama mendakinya pada tahun 2019. Dengan ketinggian 2,181 meter dari aras laut (mdal), gunung ini adalah gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malaysia selepas Gunung Tahan dan Gunung Korbu, dan merupakan gunung kedua tertinggi di Banjaran Titiwangsa selepas Gunung Korbu. Gunung ini terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) dan memerlukan permit dari Jabatan Perhutanan untuk mendakinya. Salah satu pintu masuk ke gunung ini terletak di kawasan tanah tinggi Lojing, Kelantan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 87502.pdf]
Text
87502.pdf
Download (7MB)
Indexing & Metrics