Bahasa rahsia di dalam hutan / Nor’aishah Abu Shah

Abu Shah, Nor’aishah (2023) Bahasa rahsia di dalam hutan / Nor’aishah Abu Shah. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Antara manusia, haiwan dan tumbuhan, umum mengetahui bahawa tumbuhan mempunyai ciri yang terbatas. Tumbuhan tidak bergerak, tidak makan, tidak mengeluarkan bunyi dan pasrah apabila dianiayai oleh hidupan lain. Adakah Allah membiarkan tumbuhan hidup dalam keterbatasan begitu? Atau adakah Allah juga mengurniakan tumbuhan keupayaan yang sama seperti hidupan yang lain? Subhanallah, sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui. Semuanya dalam pengetahuan dan penguasaan-Nya. Terlalu banyak rahsia alam yang Allah jadikan dan rahsia ini hanya dapat diketahui sekiranya ia dibongkar melalui kajian dan pengamatan. Salah satunya adalah berkenaan bahasa rahsia yang dimiliki oleh tumbuhan. Ya, anda tidak salah membacanya! Sebenarnya tumbuhan bukanlah tidak berkomunikasi, Cuma perlu melihat melangkaui sempadan mata, masuk jauh ke dalam tanah dan bukan mendongak ke atas. Suara haiwan dan burung sering riuh di dalam hutan tapi keriuhan tumbuhan adalah lebih lagi di bawah tanah.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abu Shah, Nor’aishah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Hutan, haiwan, burung
Date: October 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87437
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 87437.pdf] Text
87437.pdf

Download (7MB)

ID Number

87437

Indexing

Statistic

Statistic details