Abstract
Apakah yang memancarkan cahaya di pokok bakau ditebing sungai? Ketika cahaya mentari menyimbah di siang hari, kita dapat menikmati kehijauan dan keindahan hutan paya bakau yang saujana mata memandang. Namun, di kala gelap malam menyelimuti, muncul gemerlap cahaya yang memandu mata menyoroti kelipan “bintang” di hutan paya bakau. Ianya bukan cahaya lampu, pelita atau api tetapi cahaya yang dipancar oleh sejenis haiwan serangga yang dikenali sebagai kelip-kelip. Kelip-kelip atau kunang-kunang merupakan serangga dalam kumpulan kumbang. Sifat serangga ini yang aktif pada waktu malam atau disebut sebagai nokturnal (nocturnal) mempunyai keupayaan mengeluarkan cahaya dari organ cahaya (light organ) yang berada di bahagian abdomennya. Cahaya ini dikenali sebagai bioluminesensi (bioluminescence) iaitu cahaya yang dipancarkan oleh organisma hidup. Cahaya yang dihasilkan berperanan sebagai alat komunikasi mereka khususnya dalam menarik perhatian pasangan, tanda amaran dan untuk mengawan. Cahaya ini terhasil daripada tindak balas kimia di antara sebatian organik luciferin dan udara yang mengalir ke dalam abdomen kelip-kelip. Kadangkala, cahaya ini dipanggil cahaya sejuk oleh kerana ia menghasilkan hanya sedikit haba.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Roseli, Marina UNSPECIFIED Kamaruddin, Sharir Aizat UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Kelip-kelip, serangga pemancar cahaya, hutan paya bakau, organik luciferin |
Date: | October 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87343 |