Glanders: senjata biologi dari haiwan ke manusia / Nurhamimah Zainal Abidin

Zainal Abidin, Nurhamimah (2023) Glanders: senjata biologi dari haiwan ke manusia / Nurhamimah Zainal Abidin. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Glanders merupakan penyakit jangkitan bakteria Burkholderia mallei yang sebelumnya dikenali sebagai Pseudomonas mallei. Bakteria ini kebiasannya menjangkiti haiwan seperti kuda, keldai, unta, kambing, anjing dan juga kucing. Namun begitu, pathogen ini bersifat zoonotik di mana jangkitan tersebut boleh merebak ke manusia juga apabila mempunyai sentuhan tisu atau cecair yang sudah dijangkiti. Glanders juga boleh merebak melalui pengudaraan atau aerosol. Kes sporadik juga pernah didokumentasi di kalangan doktor veterinari, penjaga kuda dan pekerja makmal. Transmisi jangkitan dari manusia ke manusia namun adalah terhad. Jangkitan oleh pathogen B. mallei ini sama ada di haiwan ataupun di manusia membawa peratusan kematian yang tinggi iaitu 90% jika tidak dikesan dari awal dan dirawat. Ciri-ciri sempurna bagi senjata biologi termasuklah mudah dihasilkan, stabil, dapat disebarkan melalui semburan dan memiliki peratusankematian yang tinggi. Tempoh inkubasi patogen ini adalah antara 1 sehingga 14 hari.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zainal Abidin, Nurhamimah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Glanders, Senjata, biologi, haiwan, manusia
Date: October 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87290
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 87290.pdf] Text
87290.pdf

Download (6MB)

ID Number

87290

Indexing

Statistic

Statistic details