Abstract
Konsep ekopelancongan: Malaysia telah lama diiktiraf sebagai salah sebuah daripada 12 negara mega kepelbagaian biologi di dunia. Kedudukan Malaysia yang berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa menyebabkan negara ini mengalami iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Bentuk mukabumi Malaysia yang terbahagi kepada pinggir laut, tanah pamah dan tanah tinggi menjadikan negara ini dilitupi oleh kepelbagaian flora dan fauna yang berbeza-beza. Keunikan biodiversiti dan alam semulajadi yang ada di Malaysia membuatkan kerajaan terpanggil untuk memacu kelestarian sumber dengan memartabatkan program ekopelancongan. Usaha ini telah dilaksanakan secara serius sejak 2015, setelah Pelan Ekopelancongan Kebangsaan (2016-2025) dilancarkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (kini dikenali sebagai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia). Ekopelancongan adalah pelancongan berkonsepkan alam semulajadi yang menerapkan elemen pendidikan dan pembelajaran kepada pelancong dalam semua aktiviti yang dijalankan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hashim, Sarina UNSPECIFIED Mustaffa, Muzamil UNSPECIFIED Harith, Siti Suhaila UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Bunga rafflesia, ekopelancongan, Taman Eko Rimba, Jerantut |
Date: | October 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87106 |