Beruk kentoi si muka merah / Nur Azimah Osman and Badrul Munir Md Zain

Osman, Nur Azimah and Md Zain, Badrul Munir (2023) Beruk kentoi si muka merah / Nur Azimah Osman and Badrul Munir Md Zain. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Malaysia mempunyai kepelbagaian kumpulan primat (monyet) yang agak tinggi, iaitu mencapai 25 spesis. Spesis primat yang terdapat di Malaysia antaranya adalah kera, beruk, lutong, siamang, orang utan, konkang, ungka dan beruk kentoi. Beruk kentoi atau nama saintifiknya Macaca arctoides, hidup secara meluas di seluruh Asia Selatan, Barat Daya China dan Asia Tenggara termasuk Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam dan Malaysia. Di Malaysia, spesis ini hanya dapat ditemui di hutan separa luruh iaitu Taman Negeri Perlis, Wang Kelian, Perlis. Taman Negeri Perlis (TNP) mempunyai keluasan tapak 5015 ha merangkumi Hutan Simpan Mata Ayer dan Hutan Simpan Wang Mu. Kumpulan penyelidik Malaysia yang diketuai oleh Prof. Dr. Badrul Munir Md Zain dari Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjalankan kajian awal pemerhatian beruk kentoi secara intensif di TNP dan menerbitkan hasil dapatan kajian di dalam jurnal antarabangsa Biodiversitas pada tahun 2019.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Osman, Nur Azimah
UNSPECIFIED
Md Zain, Badrul Munir
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Beruk kentoi, lutong, siamang, orang utan, konkang, ungka
Date: October 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87103
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 87103.pdf] Text
87103.pdf

Download (7MB)

ID Number

87103

Indexing

Statistic

Statistic details