Abstract
Program live webinar anjuran Unit Kebajikan, Sukan dan Khidmat Masyarakat, Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pulau Pinang (PKA), Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Komuniti, dan Alumni, UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seberang Perai, dan Arus Oil Sdn Bhd telah membawakan tajuk “Amalan 8R Dan Kitar Semula Minyak Masak Terpakai” dengan menjemput dua orang panel, Dr. Chatichai Chong yang merupakan Chief Marketing Officer Arus Oil dan Puan Nur Shafieza Azizan, Pensyarah Kanan, Pengajian Kejuruteraan Awam Pulau . Program yang diadakan pada 25 Ogos 2022 ini telah bersiaran secara langsung di laman Facebook Pengajian Kejuruteraan Awam-UiTM Caw. Pulau Pinang dan telah ditonton oleh seramai 452 orang penonton ketika program berlangsung. Webinar dimulakan dengan perkongsian daripada Puan Shafieza yang berkongsi kepentingan amalan 8R. Puan Shafieza memaklumkan hampir 80% sampah yang dihasilkan boleh dikitar semula dengan pelbagai cara. Puan Shafieza juga menekankan bahawa minyak masak terpakai tidak boleh dibuang ke sinki, dituang di longkang atau dicampak ke tanah sebagaimana yang dilakukan oleh segelintir pengguna kerana ia akan merosakkan ekosistem, pencemaran sungai dan membuatkan paip, longkang dan parit tersumbat
dan kotor.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Tutur, Nuraini UNSPECIFIED Mat Daud, Nurhidayati UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Ahmad, Juhaizad UNSPECIFIED Chief Editor Kuan, Woei Keong UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering |
Journal or Publication Title: | Buletin Tahunan Fakulti Kejuruteraan Awam Edisi 2022 |
ISSN: | 2716-6325 |
Keywords: | Buletin, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86887 |