Abstract
Satu program Mock Accreditation telah diadakan pada 21-22 Jun 2022 sebagai persediaan untuk mempersiapkan semua ahli Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam UITMCPP bagi menghadapi lawatan Engineering Accreditation Council (EAC) yang akan berlangsung pada 12-13 Oktober 2022. Dua orang panel telah dijemput bagi menilai persediaan yang dibuat oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam untuk lawatan Akreditasi nanti. Panel-panel tersebut adalah: 1. Prof Madya Ir. Dr. Zakaria Hussain daripada Pengajian Kejuruteraan Elektrik, UiTM Cawangan Pulau Pinang 2. Ir. Dr. Mustaqqim Bin Abdul Rahim, Pensyarah Kanan daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Antara hasil dapatan yang perlu diberi perhatian segera adalah: • Terdapat pensyarah yang tidak mengetahui dan masih kurang faham tentang Program Outcome (PO) yang dipetakan kepada kursustertentu • Kebanyakkan pensyarah yang ditemubual masih kurang faham mengenai spesifikasi WP dan WK di dalam Complex Problem Engineering • Kebanyakkan pelajar masih kurang mengetahui tentang perlaksanaan OBE dan apa itu Program Outcome • Pelajar tidak menyedari kewujudan system myReflection Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat khas diadakan bagi meneliti semula hasil dapatan Mock Accreditation tersebut dan memastikan setiap ahli Pusat Pengajian dapat membuat persediaan sewajarnya menjelang akreditasi yang berlangsung dalam bulan Oktober 2023. Mesyuarat Khas tersebut dimulakan dengan Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam dan Ketua Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam iaitu Dr. Anas Ibrahim dan Dr. Muhammad Faizal Pakir membentangkan hasil dapatan daripada program Mock Accreditation yang telah dijalankan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wahid, Norlizan UNSPECIFIED Ahmad, Hazrina UNSPECIFIED Ismail, Badrul Nizam UNSPECIFIED Osman, Muhammad Hafeez UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Ahmad, Juhaizad UNSPECIFIED Chief Editor Kuan, Woei Keong UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering |
Journal or Publication Title: | Buletin Tahunan Fakulti Kejuruteraan Awam Edisi 2022 |
ISSN: | 2716-6325 |
Keywords: | Buletin, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86884 |