Fadhilat bersedekah secara rahsia / Dr. Mohd. Kamel Mat Salleh

Mat Salleh, Mohd. Kamel (2022) Fadhilat bersedekah secara rahsia / Dr. Mohd. Kamel Mat Salleh. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Sedekah ialah suatu pemberian yang diberikan oleh seorang Muslim kepada orang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu iaitu pemberian yang diberikan oleh seseorang sebagai kebajikan yang mengharap keredhaan Allah SWT dan pahala semata. Hukumnya adalah sunat dan amat digalakkan perlaksanaannya terutama bagi membantu mereka yang sangat memerlukan. Manakala menurut para fuqaha' sedekah diertikan dengan zakat harta yang dikeluarkan kepada golongan fakir miskin dan sebagainya yang termasuk dalam golongan-golongan yang layak menerimanya menurut asnaf yang telah ditetapkan. Sedekah dalam erti kata ini hukumnya adalah wajib. Dalam AI-Quran banyak sekali ayat yang menganjurkan kaum muslimin untuk sentiasa memberikan sedekah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud "Kamu tidak sekali-kali akan mendapat hakikat kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu mendermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi" (Ali lmran: 92). Dalam ayat yang lain, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud "Jika kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang-terangan), maka yang demikian itu adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik), dan kalau kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu, serta kamu berikan kepada fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu. Allah akan menghapuskan sebahagian daripada kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah itu Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan" (Surah al-Baqarah: 271).

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mat Salleh, Mohd. Kamel
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Fadhilat bersedekah, rahsia, zakat harta
Date: November 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86872
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 86872.pdf] Text
86872.pdf

Download (2MB)

ID Number

86872

Indexing

Statistic

Statistic details