Pengajaran kolaboratif: pengurusan sisa pepejal dan cabarannya di Malaysia / Dr Nor Azliza Akbar

Akbar, Nor Azliza (2022) Pengajaran kolaboratif: pengurusan sisa pepejal dan cabarannya di Malaysia / Dr Nor Azliza Akbar. Bulletin. Unit Penerbitan FKAPP.

Abstract

Pengajaran kolaboratif boleh ditafsirkan sebagai suatu pendekatan pengajaran yang melibatkan tenaga pengajar yang terdiri daripada pensyarah dari institusi yang sama, institusi yang berbeza atau tenaga pengajar dari kalangan pihak industri. Pendekatan ini telah dilaksanakan kepada para pelajar Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam (EC221), UiTM Cawangan Pulau Pinang yang telah mendaftar kursus Kejuruteraan Infrastruktur Alam Sekitar. Tenaga pengajar yang terlibat adalah terdiri daripada Dr Nor Azliza Akbar (UiTMCPP), Pn Nur Shafieza Azizan (UiTMCPP), Dr Herni Halim (USM) dan Ir Ts Dr Mohd Azhar Bin Abdul Hamid (SWCorp). Pengurusan sisa pepejal merupakan salah satu topik yang dipilih dalam pengajaran kolaboratif bersama pihak industri (Rajah 1). Di dalam topik tersebut, isu-isu berkaitan pengurusan sisa pepejal menjadi perhatian untuk dibincangkan bersama pelajar-pelajar EC221. Keberkesanan pengurusan sisa pepejal dalam mengurangkan pencemaran alam sekeliling merupakan cabaran besar di negara yang membangun. Ini kerana kaedah pelupusan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah kurang efektif memandangkan jumlah sisa pepejal telah meningkat secara drastik setiap tahun. Topik tersebut telah dikupas oleh Ir Ts Dr Mohd Azhar Bin Abdul Hamid yang merupakan Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Teknologi, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Pengalaman dan kepakaran beliau dalam pengurusan sisa pepejal selama lebih 10 tahun telah memberi banyak pendedahan dan input yang meluas berkaitan dengan isu pengurusan sisa pepejal terutamanya di Malaysia. Pengurusan sisa pepejal adalah bermula daripada penjanaan, penstoran, pengutipan,pengangkutan, rawatan dan pelupusan. Penyelesaian dalam mengatasi isu pengurusan dan pelupusan sisa pepejal juga dikongsikan dalam pengajaran kolaboratif tersebut. Dalam pengajaran tersebut, pelajar-pelajar juga didedahkan dengan akta, dasar, peraturan dan garis panduan pengurusan dan pelupusan sisa pepejal yang telah dikuatkuasa dan digunapakai di Malaysia. Antaranya adalah seperti Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (AKTA 672), Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara (2016), Dasar Kebersihan Negara (2019), Dasar Komuniti Negara (2019) dan sebagainya. Di Malaysia, pengurusan sisa pepejal dan kebersihan awam telah diuruskan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) serta kontraktor yang dilantik.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Akbar, Nor Azliza
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Ahmad, Juhaizad
UNSPECIFIED
Chief Editor
Kuan, Woei Keong
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering
Journal or Publication Title: Buletin Tahunan Fakulti Kejuruteraan Awam Edisi 2022
ISSN: 2716-6325
Keywords: Buletin, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86847
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 86847.pdf] Text
86847.pdf

Download (443kB)

ID Number

86847

Indexing

Statistic

Statistic details