Abstract
Beberapa tahun yang lepas, penciptaan robot pertama (humanoid robot) yang menyerupai manusia di negara Arab iaitu negara Arab Saudi menjadi suatu kebanggaan buat negara tersebut. Robot tersebut diberi nama Sophia. Tidak dinafikan manusia bangga dengan ciptaan mereka yang hebat itu. Ramailah orang menyebutnya dan memuji penciptaan robot tersebut. Mereka merasa bangga dengan penciptaan terbaru mereka seolah-olah mereka merasakan mereka mampu mencipta sesuatu yang tidak terjangka. Hari ini, apabila kita perhatikan teknologi Artificial Intelligent (Al) atau dikenali sebagai kecerdasan buatan telah banyak digunakan terutama di negara-negara maju. lanya digunakan dalam pelbagai tujuan antaranya bagi tujuan pembuatan barangan, perkilangan, perkhidmatan dan lain-lain lagi. Begitu juga daripada zaman teknologi berwayar hinggalah zaman teknologi terkini tanpa wayar yang hanya menggunakan gelombang radio (radio wave). Dengan adanya pelbagai teknologi yang mampu memudahkan urusan kerja-kerja manusia, kita tidak seharusnya lupa terhadap tujuan sesuatu itu diciptakan. Seharusnya manusia sedar dan berfikir bahawa penciptaan-penciptaan yang mereka buat, tidak seharusnya terlalu obses sehingga lupa terhadap Pencipta manusia sebenar.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Aris, Husnul Rita UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Robot, manusia, Arab, teknologi |
Date: | September 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86817 |