Hilangnya sifat amanah antara petanda dunia akhir zaman / Dr. Mohd. Kamel Mat Salleh

Mat Salleh, Mohd. Kamel (2022) Hilangnya sifat amanah antara petanda dunia akhir zaman / Dr. Mohd. Kamel Mat Salleh. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Amanah ialah sifat mulia anjuran Islam. la merupakan antara sifat wajib bagi Rasul iaitu amanah (jujur), siddiq (benar), tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana). Secara lebih khusus, junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sendiri menunjukkan nilai amanah dalam perilaku baginda lebih awal lagi sebelum diangkat menjadi Rasul. lni dibuktikan melalui gelaran al-Amin yang diberikan oleh masyarakat Arab sewaktu zaman belia baginda. Lawan kepada amanah ialah khianat. Apabila amanah mula dipersiakan maka akan berlakulah pelbagai masalah dalam kehidupan sama ada dalam rumah tangga berkeluarga, organisasi pejabat dan masyarakat, malah menjerumuskan negara di ambang kemusnahan. Bayangkan jika suami dan bapa khianat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengemudi bahtera keluarga, sudah pasti rumah tangga itu akan porak peranda. Begitu juga para pentadbir dan pengurus di pejabat, masjid, taman perumahan, sekolah dan pusat pengajian tinggi cuai serta tidak amanah, sudah pasti pintu kerosakan akan lebih luas terbuka. Pastinya kestabilan politik akan kucar kacir jika pemerintah itu tidakjujur dalam melaksanakan amanahnya sebagai khalifah yang mentadbir negara.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 86814.pdf]
Text
86814.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics