Abstract
Amanah ialah sifat mulia anjuran Islam. la merupakan antara sifat wajib bagi Rasul iaitu amanah (jujur), siddiq (benar), tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana). Secara lebih khusus, junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sendiri menunjukkan nilai amanah dalam perilaku baginda lebih awal lagi sebelum diangkat menjadi Rasul. lni dibuktikan melalui gelaran al-Amin yang diberikan oleh masyarakat Arab sewaktu zaman belia baginda. Lawan kepada amanah ialah khianat. Apabila amanah mula dipersiakan maka akan berlakulah pelbagai masalah dalam kehidupan sama ada dalam rumah tangga berkeluarga, organisasi pejabat dan masyarakat, malah menjerumuskan negara di ambang kemusnahan. Bayangkan jika suami dan bapa khianat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengemudi bahtera keluarga, sudah pasti rumah tangga itu akan porak peranda. Begitu juga para pentadbir dan pengurus di pejabat, masjid, taman perumahan, sekolah dan pusat pengajian tinggi cuai serta tidak amanah, sudah pasti pintu kerosakan akan lebih luas terbuka. Pastinya kestabilan politik akan kucar kacir jika pemerintah itu tidakjujur dalam melaksanakan amanahnya sebagai khalifah yang mentadbir negara.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Salleh, Mohd. Kamel UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Amanah, pejabat, masjid, taman perumahan, sekolah, pusat pengajian tinggi |
Date: | September 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86814 |