Abstract
Temubual ini adalah antara tokoh iaitu Encik Mohd. Futra Bin Abdul Ghani bersama dua orang pelajar iaitu Muhammad Syamil Iman Bin Mohd. Zain dan Nur Hafizah Binti Mat Daud. Temubual ini telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Bukit Hulu Nerus, Setiu, Terengganu dimana tempat beliau mengajar. Temubual ini telah berlangsung pada 21 Mei 2015 bermula pada pukul 2.30 petang hingga 5.00 petang. Encik Mohd. Futra Bin Abdul Ghani dilahirkan pada 19 September 1981. Beliau merupakan anak ke tiga daripada lima orang adik beradik. Antara faktor beliau mula berjinak-jinak dalam dunia sukan sepak takraw adalah kerana faktor keluarga. Ini kerana, ayah dan abang beliau sudah pun melibatkan diri dalam sukan sepak takraw. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak, kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, Terengganu dan di Sekolah Kebangsaan Paloh, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau mula bertambah aktif dalam sukan sepak takraw setelah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan kemudiannya ke Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Cheras, Kuala Lumpur. Temubual ini telah dibahagikan kepada 8 bahagian iaitu Latar Belakang. Sejarah Pendidikan, Kerjaya, Sebagai Pemain Sepak Takraw, Penglibatan Pada Peringkat Negeri, Mewakili Malaysia, Emas Sukan SEA Manila 2005, Anugerah Diterima, Bersara, Pengalaman Sebagai Pemain Sepak Takraw Dan Pandangan Mengenai Sukan Sepak Takraw Pada Masa Hadapan, Temubual banyak memfokuskan kepada sejarah hidup dan juga pengalaman beliau dalam dunia sukan sepak takraw.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Zain, Muhammad Syamil Iman 2013544633 Mat Daud, Nur Hafizah 2013779811 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdullah, Nurulannisa UNSPECIFIED Interviewee Abdul Ghani, Mohd Futra UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Sports G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Sports > Ball games: Baseball, football, golf, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Encik Mohd. Futra Bin Abdul Ghani, Sepak Takraw, Emas Sukan SEA Manila 2005, Malaysia |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86801 |