Merdekakah kita / Minah Ahmad

Ahmad, Minah (2022) Merdekakah kita / Minah Ahmad. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Merdekakah kita?
Merdekakah kita?

Tatkala rakyat mengikat perut merana,
Angkara kerakusan pemimpin durjana!
Anak kecil menangis bukan kerana ayah tak cakna,
Ayah kehilangan kerja tak pasti menuju ke mana!

Negara tidak lagi jadi sasaran pelabur,
Semuanya lari kerana masa depan yang kabur,
Demokrasi terkubur,
Janji manis ditabur,
Rasuah dihulur buat mereka yang tidakjujur.

Mana mungkin rakyat terpimpin,
Jika ketuanya tidak prihatin,
Berapa ramai B40 M40 yang miskin,
Tapi masih menjulang,
Malu apa Bossku sebagai pemimpin?

Di mana harga diri rakyat marhaen,
Mandat diberi pemimpin mempermain,
Tiada rasa empati dan prihatin,
Umpama menonton tayangan di skrin.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Minah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Poetry
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Rakyat, B40, M40, demokrasi
Date: August 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86798
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 86798.pdf] Text
86798.pdf

Download (826kB)

ID Number

86798

Indexing

Statistic

Statistic details