Abstract
Beberapa hari yang lepas, negara kita Malaysia telah menyambut sambutan Merdeka ke-65. Pelbagai persediaan telah dibuat untuk menyambut hari yang bersejarah tersebut. Pelbagai peringkat umur, kaum dan bangsa, pekerja dalam pelbagai perkhidmatan, pelajar-pelajar sekolah dan lain-lain lagi telah menyumbangkan tenaga untuk menjayakan pelbagai pertunjukan, tarian, perarakan, perbarisan sempena menyambut hari Kemerdekaan ke-65 setelah 2 tahun menghadapi pandemik covid -19 ini. Kemeriahan tersebut telah dijayakan hampir 20, 000 para peserta daripada pelbagai kontinjen tahun ini dengan gilang-gemilangnya.Temanya ialah 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama Dalam senyap-senyap, kita harus berfikir adakah ini semata-mata erti kemerdekaan yang disambut? Apabila kita merenung semula erti kemerdekaan, ia ada maksud tersirat dan tersurat. Kemerdekaan hari ini yang kita sambut sekarang ini lebih kepada tanda kegembiraan kita kerana negara kita telah diberikan kemerdekaan oleh British daripada terus dijajah secara fizikal. Namun hakikatnya, terdapat kesan-kesan penjajahan yang masih terbelenggu dalam pemikiran, budaya, sistem undang-undang, sistem sosial, sistem pendidikan, sistem pentadbiran dan lain-lain lagi tanpa kita sedari.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Aris, Husnul Rita UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Pemikiran, budaya, undang-undang, sosial, pendidikan, pentadbiran |
Date: | August 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86793 |