Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi Mara dan Macro Dimension Concrete (MDC) Sdn. Bhd. / Noorsuhada Md Nor ... [et al.]

Md Nor, Noorsuhada and Mat Saliah, Soffian Noor and Fauzi, Mohd Azrizal and Ruslan, Amir Khomeiny and Jamaludin, Amril Hadri and Md Hasan, Ahmad Syauqi and Hashim, Khairul Afinawati (2022) Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi Mara dan Macro Dimension Concrete (MDC) Sdn. Bhd. / Noorsuhada Md Nor ... [et al.]. Bulletin. Unit Penerbitan FKAPP.

Abstract

6 April 2022 m / 4 Ramadan 1443h, Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aquamarine Aras 9, Kompleks Perdana,UiTM Cawangan Pulau Pinang. UiTM Cawangan Pulau Pinang diwakili oleh Profesor Madya Ir. Dr Ahmad Rashidy Razali Timbalan Rektor (Akademik Dan Antarabangsa) manakala Macro Dimension Concrete (MDC) Sdn. Bhd. diwakili oleh En. Leow Khang Heng, Ketua Pegawai Eksekutif. Profesor Madya Ir. Dr Ahmad Rashidy Razali mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada pihak MDC Sdn. Bhd. di atas kesudian dalam menjalinkan kerjasama dengan pihak UiTM amnya dan UiTM Cawangan Pulau Pinang khususnya. Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Pulau Pinang juga turut memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dalam kolaborasi ini. Ketua Pegawai Eksekutif, MDC Sdn. Bhd. berkata, "Daripada hasil kolaborasi dan persefahaman ini, banyak manfaat dapat dihasilkan antaranya penyelidikan, di mana MDC Sdn. Bhd. juga mempunyai pusat pembangunan penyelidikan yang sedang pesat berkembang didalam pelbagai aspek antaranya didalam kejuruteraan awam. Selain itu, menggalakkan juga penglibatan staf dan pelajar UiTM menjalankan latihan industri di MDC Sdn. Bhd. yang terdekat adalah penawaran biasiswa kepada pelajar-pelajar UiTM yang berkelayakan." Manakala, Profesor Madya Ir. Dr Ahmad Rashidy Razali berkata, "UiTM memainkan peranan yang sangat signifikan sebagai platform percambahan ilmu menerusi pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan keperluan semasa. Sehubungan itu, adalah penting untuk sesebuah universiti memperkasa hubungan kerjasama antara universiti dengan industri mahupun institusi latihan dari segi reka bentuk dan penyampaian kurikulum, penyelidikan serta pembangunan pendidikan yang berterusan ke arah melahirkan graduan profesional berkualiti." Beliau menambah lagi, "Menerusi kolaborasi sebegini secara tidak langsung akan menyumbang bukan sahaja kepada kesejahteraan diri, malahan memberi impak positif dan berguna kepada masyarakat serta negara."

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Nor, Noorsuhada
UNSPECIFIED
Mat Saliah, Soffian Noor
UNSPECIFIED
Fauzi, Mohd Azrizal
UNSPECIFIED
Ruslan, Amir Khomeiny
UNSPECIFIED
Jamaludin, Amril Hadri
UNSPECIFIED
Md Hasan, Ahmad Syauqi
UNSPECIFIED
Hashim, Khairul Afinawati
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Chief Editor
Ahmad, Juhaizad
UNSPECIFIED
Chief Editor
Kuan, Woei Keong
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering
Journal or Publication Title: Buletin Tahunan Fakulti Kejuruteraan Awam Edisi 2022
ISSN: 2716-6325
Keywords: Buletin, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86790
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 86790.pdf] Text
86790.pdf

Download (472kB)

ID Number

86790

Indexing

Statistic

Statistic details