PKA terbaik perancangan strategik 2022 UiTMCPP / Ts. Dr. Mohd Samsudin Abdul Hamid

Abdul Hamid, Mohd Samsudin (2022) PKA terbaik perancangan strategik 2022 UiTMCPP / Ts. Dr. Mohd Samsudin Abdul Hamid. Bulletin. Unit Penerbitan FKAPP.

Abstract

Unit Perancangan Strategik, Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM Cawangan Pulau Pinang mencipta sejarah apabila berjaya menjadi pusat pengajian terbaik dalam pencapaian KPI Perancangan Strategik UiTMCPP bagi tahun 2022. Usaha ini ada hasil bersama yang telah digembling setiap unit yang terdapat dalam PKA dengan sokongan oleh pihak pengurusan UiTMCPP. Secara keseluruhannya, PKA berjaya mencapai 88.1% Indeks i-UiTM 2022 dengan jumlah 55.5 markah daripada sasaran 63 markah. Daripada 24 'Performance Indicator* yang diberikan kepada PKA, sebanyak 20 PI berjaya memperoleh pencapaian 100%. Di antara pencapain luar biasa PKA pada tahun 2022 adalah PI064 berkenaan geran penyelidikan dalam negera sebanyak RM 995 180 dan PI77 berkenaan dana hasil daripada program USR dan KTP sebanyak RM 31645. Dalam pada itu, program yang melibatkan alumni iaitu 'Mini Exhibition Final Year Project EC221' di bawah PI80 juga telah diberikan anugerah tempat ke-3 Anugerah METIC 2022 peringkat UiTM. Kejayaan ini juga hasil sokongan dan penglibatan bersama semua warga PKA melalui perancangan pelbagai unit yang terlibat iaitu Unit Penerbitan, Unit Penyelidikan, Unit Alumni, Unit Projek Tahun Akhir, Unit Kebajikan dan Iain-lain lagi. Setiap pengiktirafan yang berjaya diperolehi ini menjadi kayu pengukur kepada kebolehan dan kepakaran warga PKA dalam melaksanakan tugas hakiki dan mencapai KPI secara individu demi meningkatkan kualiti jabatan secara keseluruhan. Pihak pusat pengajian berharap agar pencapaian ini berjaya dikekalkan bagi tahun 2023 supaya menjadi medan terbaik untuk meletakkan Pengajian Kejuruteraan Awam sebagai contoh di dalam organisasi.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Hamid, Mohd Samsudin
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Ahmad, Juhaizad
UNSPECIFIED
Chief Editor
Kuan, Woei Keong
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering
Journal or Publication Title: Buletin Tahunan Fakulti Kejuruteraan Awam Edisi 2022
ISSN: 2716-6325
Keywords: Buletin, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86771
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 86771.pdf] Text
86771.pdf

Download (275kB)

ID Number

86771

Indexing

Statistic

Statistic details