Bola jaring penyumbang pingat emas di Sukan Antara Fakulti 2022 / Juliana Idrus

Idrus, Juliana (2023) Bola jaring penyumbang pingat emas di Sukan Antara Fakulti 2022 / Juliana Idrus. Bulletin. Unit Penerbitan FKAPP.

Abstract

Sukan Antara Fakulti 2022 (SAF 2022) telah berlangsung dengan jayanya dari 8 hingga 20 Disember 2022 di UiTM Cawangan Pulau Pinang. Sebanyak lapan fakulti telah bertanding menerusi sepuluh perlawanan sukan untuk memastikan juara keseluruhan adalah milik fakulti masing-masing. Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA) telah menghantar dua pasukan Bola Jaring pada sukan SAF kali ini. Pasukan A dan Pasukan B terdiri daripada pelajar-pelajar wanita dari pengajian Diploma (ECHO) dan Ijazah (EC221) Kejuruteraan Awam. Pasukan A telah diwakili oleh Siti Nur Syakirah, Alia Natasya, Nur Azzurin Fatini, Izzah Insyirah, Nur Ain, Nurul Nasuha, Nurul Asyikin, Wan Nor Asyikin, Wan Azra Jasmin dan Pearl Issabell. Manakala Pasukan B disertai oleh Nurul Ameeratul Syaheeda, Emendy Chresha, Nur Auni Safiyah, Amirah Syahirah, Saidatul Afifah, Syafinaz, Nur Adrienna Shafira, Amirah Hafizah, Nur Haifa dan Nur Fatin Nabila. Sebagai persediaan, kedua-dua pasukan di bawah seliaan Pengurus Pasukan Bola Jaring, Cik Juliana Idrus dan Puan Nur Hakimi Azami telah mengadakan beberapa siri latihan termasuk pertandingan persahabatan untuk mempertajamkan lagi skil dan strategi perlawanan.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Idrus, Juliana
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Ahmad, Juhaizad
UNSPECIFIED
Chief Editor
Kuan, Woei Keong
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering
Journal or Publication Title: Buletin Tahunan Fakulti Kejuruteraan Awam
ISSN: 2716-6325
Keywords: Buletin, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86723
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 86723.pdf] Text
86723.pdf

Download (398kB)

ID Number

86723

Indexing

Statistic

Statistic details