Abstract
Rembau 19 Mei 2022, MajIis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 telah diadakan di Dewan Biduanda anjuran UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau. Majlis ini bermula pada jam 10 Pagi dan tamat pada jam 1 Petang. Acara dimulakan dengan aluan daripada Pengacara Majlis iaitu Encik Mohd Faisal Md Noor dan Farah Hazween Amanah. Persiapan majlis telah bermula sehari sebelum iaitu pada 18 Mei 2022 bagi menghias dewan mengikutjabatan. Akademi Pengajian Islam Kontemporari turut tidak ketinggalan dengan diberi tugasan untuk menyediakan lemang bersama Pensyarah daripada Sains Komputer dan Matematik dan kakitangan Hal Ehwal Islam. Proses tempahan makanan telah dilakukan oleh Ustazah Suhaila Sharil dan proses pengambilan makanan dilaksanakan oleh Ustaz Mohd Hidayat Mahadi manakala Dr. Adibah Bahori membawa peralatan untuk menghias booth seperti bunga, cawan dan teko.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sharil, Suhaila UNSPECIFIED Ahmad Ubaidah, Ahmad Faiz UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Hari Raya Aidilfitri, UiTM, Negeri Sembilan, Rembau |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86717 |