Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti potensi dan kepentingan identiti Malaysia dalam idea generasi dari perspektif baharu bagi reka bentuk barang kemas kontemporari. Matlamat utama adalah untuk membantu penyelidik mengenal dan menghargai identiti kebangsaan (Bangau Perahu) agar dapat diterjemahkan ke dalam rekaan barang kemas dengan lebih kreatif dan inovatif khususnya kontemporari keronsang. Kaedah yang digunakan adalah Double Diamond dari British Design Council bermula tahun 2005. Model ini dilihat amat bersesuaian untuk diaplikasikan dalam kajian ini. Proses ini mempunyai empat fasa utama iaitu: 1) Mencari 2) Menentukan, 3) Membangunkan dan 4) Menyampaikan. Maklum
balas diperolehi melalui soalan kaji selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian utama: Bahagian A: Tahap kriteria penilaian terhadap rekabentuk dan Bahagian B: Tahap kriteria penilaian terhadap produk. Hasil kajian berkaitan rekaan mendapati 4 indikator dipilih sebagai sangat setuju manakala kriteria terhadap produk, didapati purata memilih 3 indikator sebagai sangat penting. Walaubagaimanapun semua berpendapat telesis wujud dengan jelas dalam rekaan ini. Produk ini sesuai untuk dikomersialkan, namun perlu beberapa penambahbaikan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Anuar, Nur Syafinaz syafinaz342@uitm.edu.my Daud, Mohd Zamani zamani266@ uitm.edu.my Iskandah, Muhammad Faiz faiz148@ uitm.edu.my Lias, Hamdan hamdan867@ uitm.edu.my Ma Hassan, Nik Nur Hafizah thebenchstudio@gmail.com |
Subjects: | N Fine Arts > N Visual arts (General) N Fine Arts > N Visual arts (General) > Study and teaching. Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Art and Design |
Journal or Publication Title: | Idealogy Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Idealogy Journal (IdJ) |
ISSN: | 2550-214X |
Volume: | 8 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 60-69 |
Related URLs: | |
Keywords: | Bangau Perahu; Identiti Malaysia; Idea Generasi; Barang Kemas |
Date: | September 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86687 |