Abstract
Mutakhir ini, kita sering dipaparkan dengan kes-kes jenayah dan keganasan yang tidak berperikemanusian seperti membuli, meragut, merompak, merogol dan membunuh melalui pelbagai media massa sama ada akhbar, televisyen, radio malah telah menular di laman sesawang seperti facebook, twitter, instagram dan sebagainya. Hal ini melahirkan rasa bimbang dan khuatir dalam kalangan masyarakat awam khususnya wanita dan kanak-kanak. Kebimbangan yang memungkinkan mereka menjadi salah seorang mangsa jenayah dan keganasan seterusnya. Apakah yang perlu dilakukan oleh individu atau kelompok tertentu bagi mempertahankan diri apabila mereka berhadapan secara realiti menjadi mangsa jenayah dan keganasan tersebut? Bagaimanakah cara yang sewajarnya untuk mereka ambil sebagai pertahanan diri ketika berlaku saat-saat genting tersebut? Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji cara dan peringkat yang dibenarkan dalam Islam ketika seseorang yang berhadapan dengan situasi jenayah bagi mempertahankan diri dan hukum Islam berhubung isu mempertahankan diri seterusnya aplikasi kaedah usul dan fiqhiyyah berkaitan isu mempertahankan diri ini.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Rahman, Siti Nur Husna UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Islam, facebook, twitter, Instagram |
Date: | May 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86623 |