Abstract
Pelaburan merupakan suatu kegiatan melaburkan modal seperti wang dalam sesebuah perniagaan untuk mendapatkan sejumlah keuntungan atau manfaat seperti dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, penambahan nilai instrumen kewangan atau aset mereka, setelah melaburkan modal dalam sesebuah perniagaan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Saham pula merupakan syer atau sekuriti yang mewakili sebahagian modal pemilik dalam sesebuah perniagaan. Saham merupakan pinjaman dari bahasa Arab"sahm" iaitu bermaksud perkongsian dan pembahagian (Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri, 2009). Seseorang yang mempunyai syer dalam sesebuah perniagaan tersebut dipanggil pemegang saham kerana menanamkan modal untuk dilaburkan. Saham boleh dibeli dan dijual melalui Bursa Malaysia atau secara persendirian. Urus niaga saham tersebut biasanya akan dijaga dan diatur oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk mencegah sebarang penipuan dari berlaku dan melindungi para pelabur.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Ruslan, Ros Amira UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Pelaburan Saham, Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti |
Date: | April 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86618 |