Abstract
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum. Dalam konteks sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, kaum dan kepercayaan yang tersendiri, interaksi sesama manusia amat penting untuk membentuk perpaduan dalam sesebuah negara. Sebagaimana pada zaman pemerintahan Rasulullah, penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama mampu hidup bersama dengan masyarakat Islam. Terbentuknya Sahifah al-Madinah yang mana menekankan tentang kerjasama penduduk bagi menjamin keamanan sesebuah negara. Sahifah al-Madinah digubal bagi memelihara hak-hak pelbagai kaum dan Piagam Madinah ini mempunyai 47 fasal. Sebahagian daripada piagam madinah berkenaan Ansar dan Muhajirin dan selebihnya menceritakan tentang hubungan umat Islam dengan masyarakat bukan Islam.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Rahman, Siti Nur Husna UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Fiqh Awlawiyat, Maqasid Syariah, Non-Muslim, Malaysia |
Date: | March 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86561 |