Abstract
Mahasiswa dalam ingin ilmu pendidikan ialah individu yang sedang menuntut ilmu di peringkat pembelajaran yang lebih tinggi seperti di universiti. Mereka dilihat sebagai insan yang mempunyai daya berfikir yang tinggi, kemampuan berfikir secara kritis dan mampu berfikir dengan cepat sebelum bertindak, sekali gus memainkan peranan sebagai penerus budaya kesarjanaan dalam masyarakat. Oleh itu, mahasiswa hari ini yang merupakan pemimpin masa hadapan perlu menimba ilmu, menyerlahkan idea dan pandangan mereka dengan cara melibatkan diri dengan membantu dan menyelami kesukaran hidup rakyat, membantu sebaik mungkin dalam menaikkan taraf hidup mereka dan masyarakat, seterusnya meneraju kesejahteraan negara pada masa hadapan. Akal budi mahasiswa turut dilihat sebagai cerminan sahsiah dan akhlak dalam membangunkan generasi muda. Sudah terang lagi bersuluh bahawa mahasiswa bukan hanya memberikan impak kepada lingkungan mereka, bahkan turut menjadi inspirasi kepada kemajuan bangsa.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Norul Azizi, Nur Dayana Balqis UNSPECIFIED Mohd Shah, Nurul Nisha UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Kesukarelawanan, kepimpinan, mahasiswa, Pasca-Pandemik |
Date: | February 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86533 |