Mahasiswa perlu lebih berintegriti sewaktu sesi ODL / Nur lzzatie Mohd Shair and Nurul Nisha Mohd Shah

Mohd Shair, Nur lzzatie and Mohd Shah, Nurul Nisha (2022) Mahasiswa perlu lebih berintegriti sewaktu sesi ODL / Nur lzzatie Mohd Shair and Nurul Nisha Mohd Shah. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Perubahan mendadak situasi pembelajaran daripada bersemuka kepada pendidikan terbuka dan jarakjauh (ODL} berikutan pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang besar dan mendalam terhadap pelajar sekolah dan mahasiswa universiti seluruh dunia. Situasi ini telah memberi banyak cabaran kepada mahasiswa seperti tidak begitu memahami apa yang telah diajarkan oleh pensyarah, terbeban dengan tugasan kursus yang banyak serta keadaan mental yang tidak begitu baik ketika era COVID-19. Keadaan ini secara tidak langsung telah menyebabkan berlaku peningkatan terhadap masalah berkaitan integriti pelajar. Antaranya ialah isu menipu, plagiat, rekaan dan memberikan maklumat palsu yang telah banyak dilakukan oleh mahasiswa ketika menyiapkan tugasan tersebut. Alasan seperti tidak mempunyai masa yang cukup, tarikh penghantaran tugasan yang terlalu hampir dan keadaan diri yang tidak terlalu bersedia untuk belajar secara dalam talian telah membuat segelintir mahasiswa ini mengambil jalan mudah untuk melakukan kesalahan-kesalahan penulisan akademik tersebut. Bagi konteks penulisan akademik, kesalahan ini adalah serius kerana mahasiswa sepatutnya bersikap jujur dan berintegriti sepanjang bergelar pelajar dan lebih memiliki sikap berdaya saing secara sihat tanpa nelakukan perkara yang tidak beretika ini.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Shair, Nur lzzatie
UNSPECIFIED
Mohd Shah, Nurul Nisha
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Mahasiswa, berintegriti, ODL
Date: January 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86494
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 86494.pdf] Text
86494.pdf

Download (1MB)

ID Number

86494

Indexing

Statistic

Statistic details