Diplomasi di Era Nabi Muhammad SAW / Normaisarah Othman

Othman, Normaisarah (2022) Diplomasi di Era Nabi Muhammad SAW / Normaisarah Othman. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Dalam buku yang dikarang oleh Michael H. Hart (1992} iaitu The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai tokoh pertama yang paling berpengaruh dalam sejarah manusia. Penulisannya mengejutkan sebahagian orang dan sebilangan pihak mempersoalkan keputusannya itu. Bagi Hart (1992}, pemilihannya ke atas Muhammad SAW sebagai tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah berbanding Jesus dan Moses merupakan keputusan yang kekal dan tidak akan berubah. Beliau berpendapat Nabi Muhammad SAW merupakan sosok yang berjaya dan cemerlang dalam lapangan agama dan sekular (pemerintahan}. Sepanjang pemerhatian dan pengkajian yang dilakukan, Nabi Muhammad SAW didakwa sebagai pengasas agama Islam (tanggapan beliau} dan ajaran agama ini merupakan di antara yang terbesar yang mempunyai pengikut yang ramai. Selain itu, Hart (1992} turut menegaskan bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan ketua pemimpin politik yang sangat cemerlang. Jika diperhatikan dengan teliti, majoriti tokoh yang disenaraikan dalam 100 orang paling berpengaruh tersebut mempunyai kelebihan dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana masyarakat sudah mencapai peradaban yang tinggi tetapi berbeza dengan suasana Nabi Muhammad SAW pada ketika itu iaitu tahun 590 masihi yang masih lagi dibelenggu dengan situasi peradaban yang mundur, gelap dan tidak teratur.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Othman, Normaisarah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Diplomasi, Nabi Muhammad SAW, sejarah, peradaban
Date: January 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86493
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 86493.pdf] Text
86493.pdf

Download (3MB)

ID Number

86493

Indexing

Statistic

Statistic details