Abstract
lni adalah kisah seorang budak lelaki bernama Amin dengan pokok epal. Pokok epal tersebut dijadikan sebagai tempat bermain-main dan meluangkan masa semasa dia kecil. Dia akan memanjat pokok epal sehingga ke dahan tertinggi, makan buahnya dan tidur seketika di bawah teduhan pokok tersebut. Pendek kata, Amin sangat sayangkan pokok epal itu dan pokok itu pun suka bermain dengannya. Masa terus berlalu, Amin bukan lagi seorang budak kecil tetapi telah meningkat usia remaja. Dia tidak lagi bermain-main di sekitar pokok epal tersebut dan sudah lama pokok epal tersebut tidak dikunjungi teman setianya. Suatu hari, Amin kembali mendatangi pokok epal itu, namun wajahnya kelihatan sedih. "Marilah bermain bersamaku;' ajak pokok epal itu kepada Amin. "Saya bukan budak-budak lagi. Saya sudah tidak perlu lagi bermain dengan pokok epal;' balas Amin."Saya mahukan mainan komputer. Saya perlukan duit untuk membelinya:' Pokok epal pun menjawab, "Maaf kerana saya tiada duit tetapi awak boleh petik buah-buah epal saya dan jual kesemuanya.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Azimoha, Nur Nabilah UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Epal, lelaki, komputer |
Date: | November 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86492 |