Abstract
Satu jamuan raya telah diadakan di rumah penasihat akademik bagi meraikan para pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (EC221). Program ini merupakan program bersama yang di anjurkan di antara para pelajar di bawah kelolaan beberapa pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam. lanya diadakan setelah sekian lama pensyarah dan para pelajar tidak bertemu secara fizikal akibat pandemik COVID-19. Tujuan utama diadakan program ini sebagai usaha untuk merapatkan ukhuwah dan persaudaraan di antara para pelajar dan juga para pensyarah. Di samping itu, sesi perkongsian dan motivasi dijalankan bagi memberikan semangat kepada para pelajar supaya belajar bersungguh- sungguh bagi menyempurnakan semester pengajian yang sedang berlangsung. Pelajar-pelajar juga dijamu pelbagai juadah makanan sempena perayaan Aidilfitri 2022. Jelas terpancar di wajah mereka akan keseronokkan dalam menikmati hidangan yang disediakan. Pertemuan kali ini menjadi sejarah kerana ianya dilakukan di rumah pensyarah bagi merasai suasana rumah terbuka yang sebenar berbanding pertemuan- pertemuan sebelum ini yang dilakukan di kampus. Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada tahun-tahun akan datang bagi memastikan hubungan di antara para pelajar dan pensyarah sentiasa harmoni dan dilimpahi kasih sayang.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abu Bakar, Amalina Amirah UNSPECIFIED Muhammad Ali, Khairul Ammar UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Ahmad, Juhaizad UNSPECIFIED Chief Editor Kuan, Woei Keong UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering |
Journal or Publication Title: | Buletin Tahunan Fakulti Kejuruteraan Awam Edisi 2022 |
ISSN: | 2716-6325 |
Keywords: | Buletin, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86490 |