Abstract
Temubual ini dilakukan bersama pelakon veteran yang dikenali di Malaysia iaitu Zulkifli Bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Zulkifli Ismail dan sesi temubual ini dilakukan adalah untuk mengetahui beliau dalam industri seni di Malaysia. Temubual ini dilakukan secara virtual iaitu melalui Google Meet yang dilakukan pada 13 hari bulan Februari 2022 bermula pada jam 4:30 pagi sehingga 7:10 malam. Zulkifli Ismail bermula berlakon dalam industri seni selepas Zulkifli diperkenalkan oleh TV3 sebagai pelakon utama dalam slot cerekarama ‘Basikalku’ pada sekitar tahun 1986, pada tahun yang sama Zulkifli ke Universiti Sains Malaysia untuk mengikuti pengajian Sijil Seni Kreatif. Sekembali dari USM, Zulkifli menyertai RTM semula sebagai penulis skrip dan penyampai di unit Berita Ehwal Semasa. Sejak tahun 1992 hingga kini, beliau menjadi pelakon sepenuh masa. Bakat lakonan beliau mula dikesan oleh Allahyarham Nasir Ali ketika sedang menyaksikan teater di Dewan Bangunan Kuala Lumpur (DBKL). Sebelum ini beliau merupakan seorang penulis. Semasa menulis, Zulkifli pernah menggunakan beberapa nama samara termasuk ‘Arjuna Setia’ dan ‘Dzul Isma’. Sejak berusia 16 tahun, sajak-sajaknya sering tersiar di akhbar, majalah dan radio. Sajaknya yang pertama berjudul ‘Ramadhan Tiba Tiba Aku Masih Lena’ disiarkan di akhbar Bintang Timur.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Aljeffri, Muhammad Aiman Hakim 2020465522 Supran, Muhammad Hafiz 2020618668 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdullah, Nurulannisa UNSPECIFIED Interviewee Ismail, Zulkifli UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history P Language and Literature > PN Literature (General) > The performing arts. Show business P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Zulkifli Ismail, lakonan, veteran, artis, pelakon |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86092 |