Abstract
Temubual ini adalah diantara pelajar bersama tokoh iaitu Hajjah Nik Faizah Binti Nik Abdul Rahman mengenai warisan kuih tradisional Kelantan iaitu Kuih Buah Tanjung. Transkrip temubual ini dijalankan di rumah Hajjah Nik Faizah Binti Nik Abdul Rahman di Jalan Merbau, Kota Bharu, Kelantan pada hari Khamis, 16 November 2017 bermula jam 11.00 pagi. Hajjah Nik Faizah Binti Nik Abdul Rahman merupakan seorang pengusaha perniagaan kuih Buah Tanjung yang terkenal di Kelantan. Temubual ini menyentuh serba sedikit mengenai latar belakang Hajjah Nik Faizah Binti Nik Abdul Rahman. Ketika temuramah ini berlangsung kami dapat mengetahui banyak maklumat berkaitan Kuih Buah Tanjung. Antaranya, asal usul Kuih Buah Tanjung serta pengalaman dan cabaran sepanjang Hajjah Nik Faizah mengusahakan perniagaan kuih Buah Tanjung. Hajjah Nik Faizah juga ada memberikan serba sedikit harapan, pendapat, pandangan dan nasihat beliau. Kuih Buah Tanjung adalah kuih tradisional Kelantan yang menjadi warisan kebanggaan negara. Pada zaman dahulu, Kuih Buah Tanjung merupakan manisan untuk golongan diraja dan bangsawan sahaja. Tetapi kerana peredaran zaman, Kuih Buah Tanjung menjadi makanan pencuci mulut untuk semua golongan masyarakat di Kelantan.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Twontawi, Nor Afiqah 2016673956 Wan Mohd Marzuki, Wan Nurul Adilah 2016673946 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdullah, Nurulannisa UNSPECIFIED Interviewee Nik Abdul Rahman, Hajjah Nik Faizah UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training > In-service training |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Kuih Buah Tanjung, Buah Tanjung, Kuih Tradisional Kelantan, Kelantan. |
Date: | January 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86090 |