Transkrip wawancara bersama Ramlah binti Dollah pengusaha Sate Mastura, Jabi, Terengganu / Luqman Hakim Abd Aziz and Siti Maryam Donniya

Abd Aziz, Luqman Hakim and Donniya, Siti Maryam (2021) Transkrip wawancara bersama Ramlah binti Dollah pengusaha Sate Mastura, Jabi, Terengganu / Luqman Hakim Abd Aziz and Siti Maryam Donniya. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Temubual ini dilakukan bersama pengusaha Sate Mastura Jabi iaitu Puan Ramlah Dollah untuk mengetahui tentang resepi sate beliau dan kejayaan perniagaan beliau yang bermula dari kecil kecilan hingga dikenali ramai. Temubual ini telah dijalankan secara bersemuka. Tarikh temubual tersebut adalah pada 26 Disember 2020 bermula pada jam 10:00 pagi sehingga 11:09 pagi. Puan Ramlah Dollah adalah pengusaha sate. Puan Ramlah Dollah mula mengusahakan perniagaan ketika usianya 10 tahun (1977) bersama ibu angkatnya, Mas Awang. Mereka berniaga di halaman rumah berhampiran Masjid Jabi, Jerteh Besut Terengganu. Sate Mastura menyediakan pilihan untuk pelanggan dengan menjual sate ayam, daging dan hati pada harga 70 sen secucuk. Bagi pengguna jalan raya yang berulang-alik dari Terengganu ke Kelantan, Jabi merupakan hentian yang wajib buat mereka untuk menikmati sate sebelum meneruskan perjalanan. Biarpun sudah banyak kedai sate menjadi pesaing, Sate Mastura tetap menjadi pilihan ramai, malah ramai juga kalangan pelanggannya membeli sate beku untuk dibawa pulang ke luar negara, termasuk Brunei dan Indonesia. Sate Mastura Jabi pernah ditemu bual oleh pihak Berita Harian. Pelbagai ujian dan cabaran telah dihadapi oleh pengusaha Sate ini. Sejarah kehidupan dan kerjaya beliau dapat dijadikan sumber inspirasi kepada semua masyarakat yang ingin memulakan perniagaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 85944.pdf]
Text
85944.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics