Transkrip wawancara bersama Encik Mohd Alemy bin Che Leh usahawan Alemy Maggi Ketam / Masni Aida Majid and Rossmadieayana Maizatul Badriah Adi

Majid, Masni Aida and Adi, Rossmadieayana Maizatul Badriah (2018) Transkrip wawancara bersama Encik Mohd Alemy bin Che Leh usahawan Alemy Maggi Ketam / Masni Aida Majid and Rossmadieayana Maizatul Badriah Adi. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Ringkasan temubual ini adalah diantara tokoh pembuatan meggi ketam terkenal di Kelantan iaitu Encik Mohd Alemy Bin Che Leh bersama Masni Aida Binti Majid dan Rossmadieayana Maizatul Badriah Binti Adi bertempat di restoran beliau di Pasir Puteh, Kelantan. Temubual tersebut telah dijalankan pada 4 Mei 2018 pada jam 3.30 petang. Temubual ini berkisarkan tentang biografi serta perjalanan hidup beiau sebagai tokoh meggi ketam terkenal di Kelantan. Kegigihan dan kesungguhan beliau dalam bidang perniagaan wajar dicontohi oleh mereka yang baru belajar tentang selok-belok perniagaan. Beliau dikenali sebagai Alemy Meggi Ketam. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa perniagaan mampu mengubah kehidupan. Hal ini kerana, didalam Al-Quran turut dinyatakan bahawa 9/10 sumber rezeki itu datangnya dari berniaga. Beliau turut bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan yang diadakan di Pasir Puteh, Kelantan. Walaupun beliau telah berjaya, namun beliau merupakan seorang yang sangat rendah diri. Kajian ini sesuai untuk dibukukan kerana ia mengandungi tentang latar belakang serta pengalaman beliau sehingga mampu menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 85930.pdf]
Text
85930.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics