Abstract
Wayang kulit Kelantan, satu bentuk teater wayang kulit tradisional di Malaysia, diancam dengan kepupusan yang akan berlaku namun tiada percubaan penting dilakukan untuk mengekalkan warisan budaya ini. Wayang kulit ialah sejenis teater tradisional Asia Tenggara. Ia terdiri daripada persembahan wayang kulit dengan asal usul yang mungkin ada kaitan dengan wayang kulit India. Dengan kepupusan wayang kulit yang melanda negara ini, pengkaji telah melakukan temubual secara bersemuka Bersama satu-satunya tokoh wayang kulit terkenal yang berbangsa terkenal di Kelantan. Pengkaji telah menggunakan pelbagai kaedah untuk menjalankan kajian ini secara bersemuka. Menurut pengkaji kajian ini akan memberikan kesan kepad agolongan muda masa kini untuk lebih mengenali wujudnya seni wayang kulit ini. Menurut pengkaji juga, kajian ini secara tidak langsung akan membantu dalam mempromosikan bentuk seni dan juga secara tidak langsung dengan memeliharanya melalui alternatifnya yang diambil ini. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji latar belakang Tuan Eyo Hock Seng (Pak Chu) sebagai satu-satunya tokoh wayang kulit di Kelantan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada orang ramai berkaitan seni wayang kulit dan kewujudan Muzium Seni Warisan Tok Dalang Pak Chu di Kelantan. Kajian ini berperanan sebagai sumbangan untuk memelihara dan menghidupkan wayang tradisional kulit Kelantan untuk generasi akan datang.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Azhami, Batrisyia Aqilah 2020489248 Nasir, Nur Najwa Izzaty 2020866354 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdullah, Nurulannisa UNSPECIFIED Interviewee Eyo, Hock Seng UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history M Music and Books on Music > M Music > Vocal music > Secular vocal music > Folk, national, and ethnic music |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Wayang Kulit, Pak Chu, Tuan Eyo Hock Seng, Tok Dalang, Kelantan |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/85897 |