Transkrip wawancara bersama Md Agl Bin Md Dali penggiat seni warisan Main Puteri / Nik Mohamad Fadhil Halim and Muhammad Fawwaz Abdul Rahman

Halim, Nik Mohamad Fadhil and Abdul Rahman, Muhammad Fawwaz (2016) Transkrip wawancara bersama Md Agl Bin Md Dali penggiat seni warisan Main Puteri / Nik Mohamad Fadhil Halim and Muhammad Fawwaz Abdul Rahman. Oral History Report. Perpustakaan Tengku Anis. (Submitted)

Abstract

Main Puteri merupakan satu daripada perubatan tradisional Melayu yang popular di kawasan timur Semenanjung Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu serta masih menjadi pilihan masyarakat setempat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit khususnya yang berkaitan dengan penyakit angin, penyakit gila, buatan orang atau khianat, ataupun hasutan hantu. Kajian ini dilakukan untuk mendokumenkan sejarah asal usul serta cabaran dalam upacara perubatan tradisional Main Puteri dalam kalangan masyarakat. Satu lokasi kajian kes Main Puteri di Kampung Lepah, Selising, Pasir Puteh Kelantan telah dipilih untuk mencapai objektif kajian ini. Pemerhatian, carian dalam laman sesawang serta temubual bersama tokoh berpengalaman telah dijalankan. Melalui kajian ini dapat disimpulkan bahawa upacara Main Puteri mempunyai variasi sejarah asal usul penceritaannya yang tersendiri malahan teknik-teknik yang digunakan dalam perubatan ini sedikit sebanyak mempengaruhi upacara Main Puteri ini dalam menyembuhkan pesakit. Tambahan pula, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti peranan Tok Minduk dan Tok Teri untuk mengubati pesakit secara fizikal ataupun batin. Pengaruh bunyi-bunyian daripada alatan muzik juga menjadi satu faktor dalam proses perubatan Main Puteri ini. Demikian juga, lenggok bahasa serta jampi mantera turut digunakan untuk berkomunikasi dengan pesakit bertujuan untuk merungkai sebab dan asal usul penyakit.

Metadata

Item Type: Monograph (Oral History Report)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Halim, Nik Mohamad Fadhil
2013322307
Abdul Rahman, Muhammad Fawwaz
2013359799
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Chik, Nor Kamariah
UNSPECIFIED
Interviewee
Md Dali, Md Agl
UNSPECIFIED
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
M Music and Books on Music > ML Literature of music > History and criticism > Folk, national, and ethnic music
N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc.
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Keywords: Perubatan tradisional Melayu, Main Puteri, Tok Minduk, Tok Teri, jampi mantera.
Date: July 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/85587
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 85587.pdf] Text
85587.pdf

Download (3MB)

ID Number

85587

Indexing

Statistic

Statistic details