Abstract
Adim Azeedin bin Mazlan dan Mohamad Imran bin Abdullah telah menemubual Jaafar bin Hj. Mohd Haris atau dikenali sebagai Jaafar Besi, pada 22 Jun 2015. Temubual ini telah dibuat di restoran beliau iaitu di No.30, Kg. Tok Gubah, Segamat. Jaafar bin Hj. Mohd Haris telah dilahirkan pada tahun 23 febuari 1940 dikampung Tok Gubah, Segamat. Beliau berumur 75 tahun pada tahun ini. Beliau telah mendapatkan pendidikan di Sekolah Melayu Inggeris (SRP). Beliau mempunyai seorang isteri yang bernama Puan Arfah binti Arshad. Beliau telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1963 dan mendapat empat orang cahaya mata iaitu bernama Jeffery, Azhar, Sharoom, dan Mohd Anuar. Encik Jaafar juga merupan ahli perniagaan kecilan dalam bidang makanan di Restoran D' Anjung dan mempunyai menu istimewa iaitu lempeng yang amat digemari oleh warga Segamat. Beliau juga merupakan jurulatih di Gym Fitness Segamat. Bermula dari 1960 beliau mula menglibatkan diri dalam seni bina badan ini. Minatnya yang mendalam dalam sukan ini mendorong kepada kesihatan diri beliau yang dahulunya kurus dan sentiasa sakit. Beliau telah mendapat gelaran Mr. Segamat, Mr. Muar, Mr.Tangkak dan Mr, Tampin pada era zaman 80an. Kehidupan orang melayu dahulu yang agak miskin tidak menghalang beliau untuk berusaha lebih gigih untuk menjadi juara setiap pertandingan yang disertai.
Metadata
Item Type: | Monograph (Oral History Report) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mazlan, Adim Azeedin 2013798109 Abdullah, Mohamad Imran 2013525697 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Ishak, Mohd Zul Azmi UNSPECIFIED Interviewee Mohd Haris, Jaafar UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Sports L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Seni bina badan |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/85584 |