Abstract
Kampung Jawa adalah sebuah kampung yang pernah diduduki oleh orang Jawa pada suatu ketika dulu sehingga ke hari ini masih mempunyai beberapa orang Jawa di kampung tersebut. Nama Kampung Jawa diberi, atas sempena nama Hj Ahmad Maryani yang merupakan keluarga awal membuka tanah disini dan sebagai ketua kampung pertama. Perlantikan ini disahkan Kerajaan Negeri Johor dengan panggilan penghulu Hj. Ahmad Maryani. Kampung ini dianggarkan terdapat 100 buah rumah pada awal kedatangan orang jawa ketika itu. Pekerjaan penduduk kampung ini ialah pengusaha warung, kedai-kedai makan, kedai runcit, ada sebagai pekebun kecil yang mengusahakan ladang getah atau mengambil upah dan lain-lain. Kampung Jawa mempunyai keistimewaan yang tersendiri iaitu di Kampung Jawa terdapat sebuah tempat makan yang sangat terkenal iaitu Warung Soto Wageh (Hj Kemat) yang sangat sedap di kawasan Segamat yang diusahakan oleh Hj Kemat, perniagaan itu telah uruskan oleh Hj Kemat, hinggalah ke cucunya hari ini iaitu generasi yang ketiga.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Idrus, Noor Amalina 2016648584 Ayub, Saidatul Amera 2016648576 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Ishak, Mohd Zul Azmi UNSPECIFIED Interviewee Sitam, Hassan UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Kampung Jawa, Segamat, Hj Ahmad Maryani |
Date: | 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/85579 |